Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi 12T dilancar di Malaysia: SD 8+ Gen 1 dan kamera 200MP bermula RM1,999

Xiaomi telah melancarkan telefon pintar andalan baharunya ke pasaran Malaysia iaitu siri Xiaomi 12T yang tediri daripada Xiaomi 12T Pro dan Xiaomi 12T standard. Xiaomi 12T Pro menampilkan sistem pengimejan 200MP gred pro yang disokong oleh perkakasan terobosan dan algoritma AI termaju Xiaomi sendiri.

Xiaomi 12T Pro boleh di zum 2x dalam-sensor yang boleh menggunakan keupayaan saiz sensor 1/1.22″ yang besar untuk mengambil potret yang ideal. Dengan Xiaomi ProCut dan Ultra burst, peranti ini membantu anda menyunting dan mencipta kandungan dengan mudah. Ia juga menyokong video 8K dalam resolusi penuh.

Xiaomi 12T Pro dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 4nm yang meningkatkan prestasi CPU sebanyak 16.7% dan GPU sehingga 11%. Ia juga dilengkapi dengan sistem pelesapan haba yang terdiri daripada ruang wap 65% lebih besar dengan liputan bahan haba 125% lebih tinggi daripada Xiaomi 11T Pro. 

Sementara itu, Xiaomi 12T membawa tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama gred pro 108MP, ultra lebar 8MP dan sensor makro 2MP. Xiaomi 12T pula dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 8100-Ultra 5nm meningkatkan prestasi dan kecekapan kuasa sehingga 30% berbanding pendahulunya serta kelajuan jam, cache dan storan yang lebih pantas. 

Siri Xiaomi 12T menawarkan bateri 5,000mAh dan mempunyai HyperCharge 120W di mana 19 minit pengecasan meningkatkan kuasa bateri sehingga 100% dan masa skrin hidup sehingga 13.5 jam. Dengan Xiaomi AdaptiveCharge, peranti tersebut mempelajari rutin pengecasan harian pengguna untuk mengoptimumkan masa penggunaan dan jangka kesihatan bateri. 

Telefon pintar sini kali ini menggunakan paparan AMOLED CrystalRes 6.67 inci dengan resolusi 1220p dan lebih 68 bilion warna. Paparan juga mempunyai ciri pintar seperti AdaptiveSync yang melaraskan kadar penyegaran semula berdasarkan kandungan yang dilihat manakala mod Adaptive Reading berfungsi untuk mengurangkan jumlah cahaya biru yang dipancarkan untuk meningkatkan keselesaan mata.

Siri  Xiaomi 12T membawa elemen premium dengan lengkungan belakang frosted memastikan kesan cap jari dikurangkan. Ia menawarkan dalam warna hitam, perak dan biru.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas pada siri Xiaomi 12T:

Xiaomi 12T
Xiaomi 12T Pro

Pra-tempah untuk siri 12T Xiaomi bermula dari 4 Oktober, 10 malam hingga 12 Oktober di kedai Xiaomi sah, peruncit lain di Malaysia dan dalam talian di kedai rasmi di Lazada dan Shopee. Nikmati hadiah premium percuma bernilai sehingga RM 1,236 apabila anda membuat pra-tempah.

ProdukHargaTawaran Pra-tempah Kedai XiaomiTawaran Pra-tempah E-commercePlatform
Xiaomi 12T (8GB+256GB)RM 1,999Redmi Buds 3 Pro PERCUMA (bernilai RM239) Lazada | Shopee
Xiaomi 12T Pro (8GB+256GB)RM 2,699Xiaomi Smart Band 7 Pro PERCUMA(bernilai RM 299) +Redmi Buds 3 Pro (bernilai RM239)Mi Watch PERCUMA (bernilai RM 469)Lazada | Shopee
Xiaomi 12T Pro (12GB+256GB)RM 2,999Xiaomi Smart Band 7 Pro PERCUMA(bernilai RM 299) +Redmi Buds 3 Pro (bernilai RM239)Mi Watch PERCUMA (bernilai RM 469)Lazada | Shopee

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version