Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi 13 dan MIUI 14 sah dilancar pada 1 Disember ini

Selepas keluar khabar angin tentang pelancarannya, Xiaomi akhirnya mengesahkan tarikh pelancaran untuk telefon siri Xiaomi 13 yang akan datang. Acara pelancaran dijadualkan pada 1 Disember pukul 7 malam waktu Malaysia. MIUI 14 juga akan diumumkan pada acara itu bersama-sama telefon Xiaomi 13 dan 13 Pro.

Ketua Eksekutif Xiaomi, Xiaomi Lei Jun berkongsi imej rasmi Xiaomi 13 yang akan membawakan skrin OLED rata dengan bezel berukuran 1.61mm di bahagian atas dan sisi manakala bahagian bawah berukuran 1.81mm. Di samping itu, telefon ini akan mempunyai lebar 71.5mm menjadikannya agak mudah untuk dikendalikan dengan satu tangan.

Ia juga mendapat pengesahan bahawa semua telefon siri Xiaomi 13 akan kalis air dan habuk IP68. Selain itu, Xiaomi mengesahkan akan melancarkan jam tangan pintar Watch S2 dan fon telinga Xiaomi Buds 4 TWS serta komputer peribadi pertamanya, penghala Wi-Fi baharu dan projektor pada acara pelancaran tersebut.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version