Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi 13 mungkin akan dilancar pada 1 Disember 2022

Pada tahun-tahun lalu, Xiaomi selalunya memperkenalkan telefon pintar andalannnya (flagship) pada hujung tahun dan ia dilengkapi cipset telefon tercanggih oleh Qualcomm pada waktu tersebut. Kini, siri Xiaomi 13 juga dijangka akan mengikut corak pelancaran yang serupa di mana ia mungkin akan dilancar pada 1 Disember 2022.

Menurut pengkhabar berita teknologi Sahil Karoul, siri Xiaomi 13 akan dilancar di China pada tarikh tersebut. Beliau turut berkongsi rupa telefon itu yang terdapat dalam warna biru dan oren. Rekaan telefon itu menunjukkan bonggol kamera yang berbentuk petak dengan logo Leica, serta bahagian sisi yang rata.

Rekaan telefon ini adalah sama dengan rekaan yang tertiris sebelum ini, namun dalam warna putih.

Spesifikasi telefon ini masih belum diketahui, namun kemungkinan besar ia bakal dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 2 yang baru dilancar pada awal bulan ini. Selain itu, ia mungkin dilengkapi RAM 12GB, skrin AMOLED 6.2 inci dengan resolusi 2K dan kadar segar semula 120Hz, pengecasan pantas 120W dan kamera 50MP dengan sensor Sony IMX8–.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Xiaomi 13 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version