Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi 13 mungkin hadir dengan reka bentuk seramik daripada BYD

Baru-baru ini, Xiaomi telah melancarkan telefon pintar siri Xiaomi 12S di China. Kini, terdapat laporan dari Stesen Sembang Digital mengenai siri Xiaomi 13 yang mungkin hadir dengan badan seramik. 

Menurut sumber, peranti tersebut dibangunkan oleh BYD di mana buat sementara ini mereka baru menghasilkan prototaip dan bahagian panel belakangnya adalah seramik. Sebelum ini, Xiaomi telah menggunakan panel belakang seramik untuk Xiaomi MIX 4 dan MIX Fold. Badan seramik ini menawarkan faktor bentuk yang ringan sesuai untuk generasi akan datang.

Siri Xiaomi 13 dijangka akan dilancarkan pada November tahun ini dan dilaporkan akan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 2. Barisan ini dijangka membawa model standard dengan nama kod Nuwa dan model Pro dengan nama kod Fuxi. Model standard juga boleh dilihat membawa nombor model 2211133C.

Masih agak awal untuk mengesahkan maklumat ini. Kami masih menunggu berita seterusnya menjelang pelancaran siri Xiaomi 13. Sebelum ini, Xiaomi 11 merupakan peranti terakhir dengan badan seramik yang dilancarkan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version