Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi 13 sah dilengkapi SD 8 Gen 2, RAM LPDDR5X dan storan UFS 4.0

Semalam, Xiaomi mengesahkan pelancaran siri Xiaomi 13 pada 1 Disember di China. Hari ini, syarikat itu telah mengesahkan bahawa siri ini akan dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 2. Xiaomi berkata bahawa prestasi berbilang teras CPU meningkat sebanyak 37% dan prestasi GPU adalah 42% berbanding cipset Apple A16 Bionic.

Syarikat itu juga mengatakan bahawa prestasinya setanding dengan telefon gaming yang berada di pasaran semasa dengan pelepasan haba yang baik. Siri Xiaomi 13 akan menggunakan RAM LPDDR5X 8533Mbps dan storan UFS 4.0. Xiaomi juga berkata cipset yang digunakan pada Xiaomi 13 telah mencapai tahap cipset desktop.

UFS 4.0 boleh membawa keupayaan membaca berurutan sehingga 3.5GB/s iaitu dua kali ganda daripada UFS 3.1. UFS 4.0 juga dilengkapi sepenuhnya dengan teknologi penyegaran storan FBO. Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun juga menyiarkan carta penanda aras yang membandingkannya dengan siri iPhone 14.

Beliau mengatakan bahawa dalam ujian hayat bateri Xiaomi DOU, Xiaomi 13 bertahan selama 1.37 hari lebih lama daripada iPhone 14 dan iPhone 14 Pro Max. Kami akan mengemas kini maklumat baharu mengenai siri Xiaomi 13.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Weibo 1|2|3|4

Exit mobile version