Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi 14 akan dilancar di Malaysia pada 7 Mac 2024

Pelancaran global Xiaomi bagi siri Xiaomi 14 menandakan satu langkah penting dalam mengembangkan telefon pintarnya di seluruh dunia. Di samping pelancaran ini, di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2024, Xiaomi mempamerkan ekosistem pintar “Human x Car x Home” inovatifnya, menunjukkan komitmen mereka untuk menolak sempadan penyepaduan teknologi.

Dalam pada itu, siri Xiaomi 14 akan mengadakan pelancaran rasmi di Malaysia dijadualkan pada 7 Mac 2024. Seperti siri Xiaomi 13 sebelum ini, siri Xiaomi 14 dilengkapi teknologi kamera Leica untuk kualiti gambar yang cantik serta dilengkapi spesifikasi tercanggih untuk telefon premium untuk tahun ini.

Xiaomi 14 kini dilengkapi lensa Leica Summilux dengan apertur f/1.6, sensor imej Light Fusion 900, jurang dinamik 13.5EV dan kedalaman warna 14-bit untuk menangkap cahaya lebih banyak sebanyak 80% berbanding Xiaomi 13 sebelum ini, untuk kualiti gambar yang lebih jelas.

Untuk Xiaomi 14 Ultra pula, ia mempunyai kamera yang lebih canggih, dengan nilai apertur boleh ubah antara f/1.63 hingga f/4.0 untuk pelarasan cahaya yang lebih tepat. Dalam mod Pro pula, pengguna boleh kawal tahap pendedahan sebanyak 0.01-stop untuk kawalan kreativiti yang lebih luas.

Nantikan pelancarannya di Malaysia pada minggu akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version