Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi 14 dilancar: SD 8 Gen 3, kamera Leica, AMOLED 120Hz bermula ~RM5,170

Pada hari ini, Xiaomi telah memperkenalkan siri telefon pintar andalan (flagship) terbaru untuk pasaran antarabangsa iaitu Xiaomi 14 dan Xiaomi 14 Ultra. Seperti siri Xiaomi 13 sebelum ini, siri Xiaomi 14 dilengkapi teknologi kamera Leica untuk kualiti gambar yang cantik serta dilengkapi spesifikasi tercanggih untuk telefon premium untuk tahun ini.

Xiaomi 14 kini dilengkapi lensa Leica Summilux dengan apertur f/1.6, sensor imej Light Fusion 900, jurang dinamik 13.5EV dan kedalaman warna 14-bit untuk menangkap cahaya lebih banyak sebanyak 80% berbanding Xiaomi 13 sebelum ini, untuk kualiti gambar yang lebih jelas.

Ia juga dilengkapi kamera telefoto terapung Leica 75mm yang boleh mengambil gambar jelas untuk objek jauh atau objek sedekat 10cm. Selain itu, ia dilengkapi kamera ultra-lebar 50MP Leica 14mm.

Pengguna masih boleh mengambil gambar dengan stail fotografi Leica Authentic atau Leica Vibrant untuk penampilan gambar yang ikonik dengan stail kamera Leica.

Kotak Xiaomi 14 didatangkan bersama pengecas 90W
Rekaan belakang Xiaomi 14
Sistem kamera Leica

Untuk Xiaomi 14 Ultra pula, ia mempunyai kamera yang lebih canggih, dengan nilai apertur boleh ubah antara f/1.63 hingga f/4.0 untuk pelarasan cahaya yang lebih tepat. Dalam mod Pro pula, pengguna boleh kawal tahap pendedahan sebanyak 0.01-stop untuk kawalan kreativiti yang lebih luas.

Ia mempunyai sensor LYT-900 berukuran 1 inci dan teknologi Dual Native ISO Fusion Max untuk jurang dinamik seluas 14EV bagi mengekalkan butiran terang dalam highlight dan bayang-bayang. Ia turut dilengkapi tiga lagi kamera iaitu kamera telefoto 75mm, kamera telefoto periskop 120mm dan kamera ultra-lebar 12mm.

Sewaktu merakam video pula, anda boleh merakam dengan nisbah aspek 2.39:1 dan shutter rule 180 darjah untuk video yang nampak lebih sinematik. Dengan mod MasterCinema, anda boleh merakam video dalam 10-bit Rec.2020 untuk jurang dinamik yang lebih luas, serta merakam dalam format Log untuk kebolehan pasca-penerbitan yang lebih fleksibel.

Selain daripada fungsi-fungsi kamera Leica, siri Xiaomi 14 turut dilengkapi spesifikasi tercanggih seperti cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 dan pengecasan pantas 90W. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri Xiaomi 14:

Xiaomi 14

Xiaomi 14 Ultra

Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Xiaomi 14 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version