Xiaomi mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar andalan (flagship) terbaru, Xiaomi 15 dan Xiaomi 15 Pro, di China pada 29 Oktober 2024 jam 7:00 malam. Mereka juga sudah berkongsi beberapa spesifikasi utama untuk siri telefon ini, di mana ia akan jadi antara telefon terawal yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite iaitu cipset tercanggih Qualcomm setakat ini.
Spesifikasi lain yang dikongsi oleh Xiaomi termasuklah skrinnya yang mempunyai resolusi 2K, sempadan bezel 1.38mm di setiap sisi, penggunaan tenaga lebih rendah sebanyak 10% dan kecerahan puncak sehingga 3,200 nits.
Selain itu, baterinya berkapasiti 6,100mAh yang sangat besar untuk sebuah telefon andalan. Untuk kamera, Xiaomi masih belum berkongsi maklumat mengenai spesifikasinya namun salah satu kamera yang akan digunakan adalah telefoto periskop 5X.
Xiaomi telah pun berkongsi beberapa sampel gambar yang diambil dengan kamera Xiaomi 15 dalam Weibo:
Selain Xiaomi 15, beberapa peranti lain juga akan dilancar dalam acara yang sama iaitu tablet Xiaomi Pad 7, kenderaan elektrik Xiaomi SU7 Ultra, jam tangan Xiaomi Watch 9 Pro dan sistem operasi Xiaomi HyperOS 2.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Xiaomi 15 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

