Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi 15 mungkin akan dilengkapi pengecasan pantas 90W

Xiaomi dijangka akan melancarkan siri telefon pintar andalan seterusnya, Xiaomi 15, seawal bulan Oktober ini, selepas Qualcomm memperkenalkan cipset telefon pintar andalan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4. Pada waktu ini, ia telah pun menerima pengiktirafan daripada badan-badan rasmi pelbagai negara, termasuklah 3C di China.

Menurut sumber, Xiaomi 15 mempunyai nombor model 24129PN74C dalam pengiktirafan 3C, iaitu nombor sama yang terdapat dalam pangkalan data IMEI. 3C juga menyenaraikan kadar pengecasan pantas telefon itu yang menyokong sehingga 90W.

Data mengenaik pengiktirafan 3C untuk Xiaomi 15

Ini adalah kadar pengecasan yang sama dengan Xiaomi 14, di mana ia boleh mengecas bateri daripada 0% kepada 100% dalam masa 31 minit.

Setakat ini masih tiada maklumat lanjut mengenai siri Xiaomi 15. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version