Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi Mi 10 bakal hadir di Malaysia pada 22 April ini

Terkini, Xiaomi Malaysia telah mengacah kehadiran peranti flagshipnya ke pasaran teknologi Malaysia. Acahan ini telah dimuat naik melalui sebuah perkongsian di Laman Facebooknya. Adakah anda bersedia untuk menambah peranti flagship baru dalam senarai kemahuan anda?

Sepintas lalu, Siri Xiaomi Mi 10 hadir dengan Qualcomm Snapdragon 865 dan paparan AMOLED 6.67 inci dengan sokongan kadar segar semula 90Hz, berserta kadar sentuhan (sampling rate) 180Hz. Ia juga dilengkapi RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Berkenaan kamera, terdapat sedikit perbezaan di mana Xiaomi Mi 10 hadir dengan kamera utama 108MP sudut-lebar + 13MP Ultra sudut-lebar+ 2MP Makro + 2MP kedalaman. Manakala Xiaomi Mi 10 Pro hadir dengan kamera utama 108MP sudut-lebar + 20MP ultra sudut-lebar + 12MP telefoto + 8MP telefoto. Kedua-dua peranti ini memiliki kamera hadapan sama 20MP.

Adakah anda bakal menyambarnya? Ikuti liputan penuh pelancarannya di Malaysia menerusi Rakan Teknologi Utama Malaysia!

Exit mobile version