Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi Mi 10 dilancarkan di Malaysia: Kamera 108MP dan Snapdragon 865 bermula RM2,799

Xiaomi Malaysia telah melancarkan siri flagship Mi 10 pada hari ini, iaitu telefon 5G pertama daripada Xiaomi untuk pasaran Malaysia. Siri ini terdiri daripada dua varian utama iaitu Mi 10 (RM2,799+) dan Mi 10 Pro (RM3,899).

Kedua-dua telefon flagship ini dilengkapi empat kamera yang mempunyai sensor utama 108MP dan boleh merakam video sehingga 8K. Siri Mi 10 juga dilengkapi cipset Snapdragon 865 dan skrin DotDisplay berukuran 6.67 inci dengan kadar segar semula 90Hz.

Antara perbezaan Mi 10 dengan Mi 10 Pro adalah daripada segi kebolehan zum dan penstabilan imej, di mana Mi 10 Pro dilengkapi kamera yang mempunyai kebolehan zum hibrid 10x dan dwi-penstabilan imej optikal (dual OIS). Terdapat juga perbezaan dalam kamera ultra-lebar, di mana Mi 10 Pro dilengkapi kamera ultra-lebar 20MP manakala kamera ultra-lebar Mi 10 adalah 13MP.

Selain itu, Mi 10 mempunyai bateri 4,780mAh dengan pengecasan 30W untuk berwayar dan wayarles, manakala Mi 10 Pro pula mempunyai bateri 4,500mAh dengan pengecasan berwayar 50W dan wayarles 30W.

Mi 10 dijual dengan varian memori 8GB + 128GB berharga RM2,799 dan 8GB + 256GB berharga RM2,999. Untuk Mi 10 Pro pula ia dijual dengan memori 8GB + 256GB berharga RM3,899.

Anda boleh membuat pra-tempahan bermula hari ini di Lazada (Mi 10, Mi 10 Pro) dan ia akan dihantar bermula 1 Mei. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli mana-mana telefon dalam siri Mi 10 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version