Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi Mi 10T akan dilancar pada 30 September

Xiaomi akan melancarkan telefon terbaru dalam siri Mi 10 iaitu Xiaomi Mi 10T pada hari Rabu, 30 September jam 2:00 petang GMT+2 (8:00 malam waktu Malaysia). Siri Mi 10T dijangkakan adalah sebuah telefon yang mempunyai spesifikasi lebih tinggi daripada Mi 10 asal.

Spesifikasinya masih belum dikeluarkan oleh Xiaomi, namun beberapa maklumat awal sudah mengatakan bahawa telefon itu akan dilengkapi kamera utama 108MP, kamera ultra-lebar 20MP, kamera telefoto 12MP, cipset Snapdragon 865, bateri 5,000mAh, skrin LCD dengan kadar segar semula 144Hz, RAM 8GB dan storan sehingga 256GB.

Harganya juga dijangkakan akan bermula pada EUR699 (~RM3,405). Mi 10T akan dilancarkan secara dalam talian di Twitter, Facebook, YouTube dan laman web Xiaomi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version