Selain melancarkan Xiaomi Mi Band 5 di pasaran China, Xiaomi turut melancarkan siri Xiaomi Mi NoteBook 14 di pasaran India. Kehadiran siri komputer riba nipis dan kompak ini lebih menyerlah dengan kewujudan Mi NoteBook 14 Horizon Edition.
Untuk pengetahuan anda, siri Mi NoteBook 14 mempunyai dua varian iaitu Mi NoteBook 14 dan Mi NoteBook 14 Horizon Edition. Perbezaan kedua-dua varian ini adalah pada aspek konfigurasi pemproses dan grafik. Apa pun, kesemua mereka dioperasikan pemproses Intel Generasi Ke-10.
| Model | (Pemproses, RAM dan Storan) | Grafik | Harga di Pasaran India |
| Horizon Edition | Intel Core i7, 8GB+512GB | Nvidia MX350 | 59,999 Rupee (~RM3364) |
| Horizon Edition | Intel Core i5, 8GB+512GB | Nvidia MX350 | 54,999 Rupee (~RM3084) |
| Mi NoteBook 14 | Intel Core i5, 8GB+512GB | Nvidia MX250 | 47,999 Rupee (~RM2691) |
| Mi NoteBook 14 | Intel Core i5, 8GB+512GB | Intel Iris UHD620 | 44,999 Rupee (~RM2523) |
| Mi NoteBook 14 | Intel Core i5, 8GB+256GB | Intel Iris UHD620 | 41,999 Rupee (~RM2357) |
Kesemua siri Xiaomi Mi NoteBook 14 ini lengkap dengan ciri teknologi seperti Mi Smart Share, Mi Webcam HD dan Mi Blaze yang boleh dihubungkan dengan Mi Band dan peranti Xiaomi lain.
Apa pun, kami maih ketiadaan maklumat berkenaan keberadaannya di Malaysia. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: XDA Developers

