Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi Pad 7 akan dilancarkan Oktober ini, boleh ‘plug and play’ dengan EV Xiaomi

Xiaomi mungkin bersiap sedia untuk pelancaran beberapa peranti perdana pada Oktober ini termasuk siri tablet perdana baharunya, siri Xiaomi Pad 7. Barisan ini dijangka menyertakan dua model iaitu Pad 7 dan Pad 7 Pro. Kini, sumber mendedahkan jangkaan pelancaran siri Pad 7 pada suku ketiga tahun ini.

Ia merupakan kelewatan yang agak besar berbanding dengan masa pelancaran siri Xiaomi Pad 6 yang dilancarkan pada April tahun lepas. Tambahan, terdapat maklumat yang mencadangkan bahawa siri Pad 7 akan sesuai untuk kegunaan kereta eletrik Xioami dengan cara Plug and Play (sambung dan guna).

Sambungan ini memastikan keserasian merentas ekosistem produk Xiaomi. Walaupun butiran tentang siri Pad 7 masih terhad, khabar angin mendedahkan beberapa spesifikasi utama Pad 7 Pro. Ia dijangka dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 3, paparan 12.45 inci dengan kadar penyegaran 144Hz dan nisbah aspek 16:10 serta bateri berkapasiti 10,000mAh.

Pensijilan 3C Pad 7 Pro turut mendedahkan sokongan untuk pengecasan pantas 120W. Tablet ini juga dikatakan mempunyai persediaan dwi kamera 50MP di bahagian belakang dan pembesar suara quad untuk audio. Sebaliknya, Pad 7 mungkin menampilkan pemproses Snapdragon 8 Gen 2.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version