Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi Pad 8 turut diumum di Malaysia, harga bermula RM1,699

Selain Xiaomi 17 dan 17 Ultra, Xiaomi Malaysia turut melancarkan siri tablet baharu Xiaomi Pad 8 serta Xiaomi Pad 8 Pro untuk pasaran tempatan. Kedua-dua model hadir dengan paparan 11.2 inci resolusi 3.2K (3200 x 2136), kadar segar semula sehingga 144Hz dan kecerahan sehingga 800 nits dalam badan setebal hanya 5.75mm dengan berat sekitar 485g.

Selain itu, kedua-duanya dilengkapi bateri 9,200mAh, sistem Xiaomi HyperOS 3 bersama Xiaomi HyperAI yang membawa pengalaman produktiviti setaraf PC termasuk multitasking lanjutan, paparan split-screen 5:5 dan 1:9, Workstation Mode yang dipertingkat serta sokongan PC-level browser dengan fungsi klik kanan dan preview tetikus. Ia juga menyokong WPS Office versi PC bagi penyuntingan dokumen terus pada peranti selain sambungan merentas peranti Xiaomi.

Xiaomi Pad 8 Pro

Model paling berkuasa dalam siri ini dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite dengan peningkatan prestasi CPU sehingga 81% dan GPU sehingga 103% berbanding generasi terdahulu. Ia menyokong pengecasan pantas 67W HyperCharge, kamera belakang 50MP dan kamera hadapan 32MP untuk panggilan video berkualiti tinggi. Xiaomi Pad 8 Pro turut menawarkan storan sehingga 512GB untuk kegunaan profesional dan kandungan resolusi tinggi.

Xiaomi Pad 8

Bagi model standard, Xiaomi Pad 8 menggunakan cip Snapdragon 8s Gen 4 dengan peningkatan CPU 32% dan GPU 67%. Ia menyokong pengecasan 45W turbo, kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP serta storan sehingga 256GB. Siri ini turut memperkenalkan aksesori Xiaomi Focus Pen Pro seberat 17.5g dengan kawalan tekanan dan gestur pintar selain pilihan papan kekunci rasmi dan pelindung.

Untuk harga Malaysia, Xiaomi Pad 8 Pro (12/512GB) ditawarkan pada RM2,999 manakala Xiaomi Pad 8 (8/256GB) berharga RM1,999 (harga promosi RM1,899) dan varian 8/128GB pada RM1,699 (harga promosi RM1,599). Pembelian dari 28 Februari hingga 31 Mac 2026 turut disertakan hadiah percuma seperti Xiaomi 212W Hypercharge Power Bank 24500, papan kekunci, Xiaomi Focus Pen Pro atau sarung pelindung serta langganan YouTube Premium selama tiga bulan.

Siri Xiaomi Pad 8 kini boleh didapati di semua kedai rasmi Xiaomi Malaysia, laman mi.com serta stor rasmi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version