Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi Redmi K60 bakal dilancar, tampilkan cipset Snapdragon 8+ Gen 1

Siri Redmi K50 dilancarkan pada bulan Mac dengan cipset Mediatek dalam versi standard dan Pro. Kemudian, diikuti dengan varian Ultra pada bulan Ogos dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1.

Kini, laporan mengatakan siri Redmi K60 yang akan datang akan mempunyai telefon dengan platform andalan 2021 oleh Qualcomm. Menurut Stesen Sembang Digital, siri ini sudah dalam fasa ujian pengesahan reka bentuk luaran, dalaman dan seterusnya, pembangunan akan dilakukan. 

Pemberi maklumat berkata telefon yang didakwa mungkin merupakan Redmi K60 satndard bakal hadir dengan skrin 2K, bateri 5,500 mAh dengan pengecasan pantas 67W melalui wayar dan wayarles 30W.

Sejurus selepas acara Apple, pihak Redmi dan presiden Xiaomi China, William Lu bertanya kepada pengikutnya di Weibo sama ada mereka mahukan ciri Dynamic Island pada telefon Redmi K60. Laporan menunjukkan bahawa Xiaomi sedang mengusahakannya dan akan dilancarkan tidak lama lagi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version