Site icon TechNave BM

Siri Xiaomi Watch S1 dilancar di Malaysia: Paparan AMOLED 1.43″ & sokongan Bluetooth bermula RM649

Hari ini, Xiaomi telah melancarkan jam pintar siri Xiaomi Watch S1 untuk golongan profesional dan bekerjaya. Xiaomi Watch S1 membawa reka bentuk estetika dengan kaca nilam dan bingkai keluli tahan karat menempatkan paparan AMOLED 1.43 inci. Pengguna boleh menyesuaikan UI jam tangan atau memilih daripada 200 muka jam dan kulit klasik atau tali fluororubber kalis kotoran dalam pelbagai warna. 

Ia mempunyai panggilan Bluetooth, pemberitahuan aplikasi, sokongan pembayaran Mastercard NFC2 dan pengecasan wayarles untuk memudahkan pengguna. Xiaomi Watch S1 juga dilengkapi 117 mod kecergasan dan 19 mod profesional serta boleh mengesan mod senaman seperti treadmill dan berjalan secara automatik. 

Jam pintar ini sentiasa bersambung melalui GPS dwi-jalur dan menawarkan penjejakan kesihatan sepanjang masa dengan memantau kadar denyutan jantung pengguna, kualiti tidur, tahap tekanan, oksigen darah (SpO2) dan sebagainya. Pengguna boleh menyesuaikan data di aplikasi Strava atau Apple Health. Xiaomi Watch S1 bertahan selama 12 hari dalam mod siap sedia atau 24 hari dalam mod penjimatan bateri.

Seterusnya, Xiaomi Watch S1 Active menawarkan gaya yang berwarna-warni, bezel logam menempatkan paparan AMOLED 1.43 inci dengan ketahanan yang ringan. Enam warna tali boleh ditukar pasang serta UI jam tangan yang boleh disesuaikan dan lebih 200 muka jam.

117 mod kecergasan dan 19 mod profesional boleh dipilih dan mengesan aktiviti berjalan dan berlari sama ada di luar atau di atas treadmill secara automatik. Xiaomi Watch S1 Active juga mengekalkan penjejakan kecergasan dan kesihatan yang dipertingkatkan termasuk penjejakan oksigen darah SpO2, pemantauan kesihatan wanita dan pemantauan tidur. Peranti ini serasi dengan aplikasi Strava dan Apple Health.

Jam pintar ini menyokong panggilan Bluetooth, pembayaran melalui Mastercard NFC3 dan pembantu suara Alexa Amazon. GPS dwi-jalur juga kekal bersambung dan kalis air 5ATM7 untuk anda membuat aktiviti ketika hujan atau pun tidak. Baterinya boleh bertahan selama 12 hari untuk penggunaan biasa atau sehingga 24 hari pada mod penjimatan bateri dengan keupayaan pengecasan magnetik.

Anda boleh dapatkan jam pintar siri Watch S1 ini melalui pra-tempah mulai 16 Mac hingga 24 Mac 2022. Xiaomi Watch S1 berharga RM899 memberikan anda Redmi Buds 3 Pro percuma (bernilai RM239) manakala Xiaomi Watch S1 Active berharga RM649 memberikan anda Redmi Buds 3 Lite (bernilai RM199) secara percuma.

Jadi, jam pintar siri Watch S1 manakah yang menjadi pilihan anda? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version