Site icon TechNave BM

Sistem baru dari vivo, OriginOS bakal diumum 18 November ini

Terkini, secara rasminya OriginOS bakal diumumkan pada 18 November 2020. Pengumuman pengenalan sistem operasi ini akan diadakan di Shenzhen, China. Turut serta adalah poster yang mengacah rekaan dan warna dalam OriginOS.

Terdapat laporan dahulu menyatakan bahawa sistem baharu ini akan menampilkan dua antara muka terbaru iaitu OriginOS dan Stock Android. Menariknya, pengguna boleh menukar di antara kedua-dua pilihan ini. vivo telah menyatakan bahawa antara muka sistem baharu ini akan turut tersedia pada pengguna peranti vivo sedia ada. Apa pun, kita perlu menunggu pelancaran untuk maklumat peranti vivo yang menyokong OriginOS.

Selain mengumumkan OS terbaru untuk Android ini, vivo juga bakal mengumumkan beberapa produk baharu pada konferens 2020 Developer Conference termasuklah aplikasi, game dan lain-lain.

Apakah pendapat anda mengenai hal ini dan apakah jangkaan anda terhadap OriginOS? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: IT Home

Exit mobile version