Site icon TechNave BM

Sistem bayaran tol guna kad debit dan kredit di Jambatan Pulau Pinang & BKE mulai September ini

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) akan melaksanakan tol secara terbuka menggunakan kad debit atau kredit di beberapa lebuh raya termasuk Jambatan Pulau Pinang mulai September ini atas kerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). 

Beliau turut memberitahu bahawa pihak mereka sedang membuat persiapan untuk ujian pembayaran tol menggunakan kad debit atau kredit di lorong RFID di Jambatan Pulau Pinang manakala untuk Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) diuji di Plaza Tol Kubang Semang.

Selain pembayaran kad debit atau kredit, ia juga akan menerima bayaran tol menerusi Touch ‘N Go (TnG) e-Wallet. Datuk Seri Alexander Nanta Linggi juga menyatakan bahawa inisiatif ini akan dilaksanakan di empat lebuhraya lain di Selangor dan Kuala Lumpur iaitu Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Pantai Baharu (NPE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: PLUS

Exit mobile version