Site icon TechNave BM

Sistem operasi OPPO ColorOS 12 dilancar, Find X3 Pro 5G bakal menjadi penerima terawal

OPPO telah melancarkan sistem operasi untuk telefon pintar yang terbaharu iaitu ColorOS 12 berdasarkan Android 12. Ia bakal menjadi antara sistem operasi terawal yang mengadaptasi Android 12 dan telefon terawal yang akan menerima sistem tersebut adalah OPPO Find X3 Pro 5G bermula bulan ini.

Berikut adalah jadual penawaran untuk ColorOS 12:

Syarikat teknologi itu juga mengumumkan polisi kemas kini yang baharu, di mana setiap telefon OPPO yang dilancar pada 2019 ke atas akan menerima kemas kini Android utama selama tiga tahun untuk siri Find X, dua tahun untuk siri Reno dan OPPO A terpilih, serta satu tahun untuk siri OPPO A.

Untuk kemas kini keselamatan (security updates), siri Find X akan menerimanya selama empat tahun manakala siri Reno dan OPPO A pula selama tiga tahun.

OPPO mengatakan sistem operasi baharu ini akan menggunakan memori dengan lebih pintar dengan penggunaan memori lebih rendah sebanyak 30% serta penggunaan bateri lebih cekap sebanyak 20%. Fungsi terbaru yang akan ditawarkan termasuklah Quantum Animation Engine, PC Connect, 3-Finger Translate, FlexDrop dan Phone Manager.

Ia akan turut dilengkapi fungsi privasi terbaru dalam Android 12 seperti Privacy Dashboards, Approximate Location Sharing dan Microphone and Camera Indicators. OPPO juga ingin ColorOS lebih mudah diakses oleh pembina aplikasi, dengan menawarkan software development kit (SDK) secara percuma untuk fungsi kamera seperti Ultra Steady Video Shooting, HyperBoost, Color Vision Enhancement dan banyak lagi.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan ColorOS 12 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version