Site icon TechNave BM

Sistem pagar automatik KLIA akan dibuka kepada warga asing mulai September 2022

Sistem pagar automatik (autogate) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dibuka kepada bukan warganegara Malaysia tidak lama lagi sekali gus mengurangkan barisan beratur panjang di kaunter imigresen lapangan terbang itu.

Diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, pelaksanaannya bermula bulan depan. Seperti yang dilaporkan Bernama, pelaksanaan itu bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan warga asing yang memasuki Malaysia dan melibatkan warga asing yang memegang pas lawatan jangka panjang.

Ini termasuk mereka yang bekerja dan belajar di Malaysia, pelancong, individu yang berkahwin dengan warga tempatan dan peserta program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H). Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen berkata penggunaan sistem pagar automatik itu bergantung kepada jenis pasport yang digunakan oleh warga asing berkenaan.

Khairul seterusnya menjelaskan bahawa hanya pasport dengan cip yang mematuhi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) sahaja dibenarkan. Jadi, apakah pendapat anda tentang penggunaan pagar automatik di KLIA?

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version