Site icon TechNave BM

Sistem RFID di semua plaza tol bermula 1 April

Terdahulu, PLUS Expressway telah melaksanakan fasa pertama sistem pembayaran Radio Frequency Identification (RFID) TNG baru-baru ini. Setakat ini sistem RFID boleh digunakan di 10 plaza tol terbuka termasuk Tanjung Kupang, laluan masuk dan keluar kedua-dua laluan Malaysia-Singapura dan plaza tol Jitra di Kedah.

Di bawah adalah senarai plaza tol yang boleh di akses dengan menggunakan sistem RFID:

Kempas (NSE)
Perling (LinKedua)
Lima Kedai (LinKedua)
Tanjung Kupang (LinKedua)
Mambau (SPDH)
Lukut (SPDH)
Jambatan Pulau Pinang
Lunas (BKE)
Kubang Semang (BKE)
Jitra (NSE)

Sistem tol terbuka akan mengenakan tol mengikut kadar tetapan dan mengikut jenis kenderaan. Sistem ini telah pun dilaksanakan di kebanyakan kawasan Lembah Klang dimana pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan sistem tol terbuka dikenakan bayaran tol. Manakala untuk plaza tol tertutup, bayaran tol dikira berdasarkan permulaan anda memasuki lebuh raya dan keluar.

Penggunaan sistem RFID di semua plaza tol sistem tertutup bermula pada 1 April 2020. Jika anda bukan pengguna RFID TNG, anda masih boleh menggunakan kad Touch ‘n Go atau SmartTAG yang sedia ada. Semua pengguna dinasihatkan untuk sentiasa memastikan baki kad mencukupi untuk pemanduan yang lancar.

Adakah anda setuju dengan penggunaan elektronik sepenuhnya di seluruh plaza tol? Beritahu kami di laman Facebook sekarang. Untuk maklumat lebih lanjut, kunjungi laman web Touch ‘n Go RFID. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk mengetahui perkembangan teknologi selanjutnya di Malaysia.

Sumber: Malay Mail

Exit mobile version