Site icon TechNave BM

SKMM akan pantau syarikat telko sepanjang PRN

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memantau syarikat telekomunikasi bagi menyediakan kapasiti rangkaian dan liputan serta kualiti penggunaan yang optimum dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada bulan hadapan.

SKMM menjangkakan trafik dan permintaan telekomunikasi yang meningkat sepanjang musim PRN, termasuklah pada hari mengundi, jadi mereka akan terus memantau kualiti telekomunikasi supaya ia kekal dalam keadaan terbaik.

Pengarah-pengarah SKMM di enam negeri yang terlibat dengan PRN akan melakukan pengawasan di barisan hadapan untuk memantau kualiti oleh syarikat telekomunikasi sepanjang waktu PRN.

Dalam pada itu, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan turut memantau sentimen 3R (race, religion, royalty) jika ia akan ditimbulkan dalam media sosial.

PRN ini akan diadakan di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu pada 12 Ogos. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA, BERNAMA

Exit mobile version