Site icon TechNave BM

SKMM akan pastikan gabungan Celcom-Digi tidak monopoli industri telekomunikasi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memberi jaminan bahawa mereka akan memastikan penggabungan di antara Celcom dan Digi tidak akan berakhir dengan monopoli kedua-dua syarikat itu dalam industri telekomunikasi.

Dalam sebuah kenyataan kepada Free Malaysia Today (FMT), SKMM mempunyai perundangan yang akan menghalang sebarang monopoli oleh gabungan dua syarikat tersebut agar kepentingan pengguna terus terjaga. Selain daripada itu, SKMM enggan memberikan komen lanjut tentang penggabungan tersebut selagi butiran penuh belum disediakan.

Sebelum ini, Digi dan Celcom dilaporkan berada dalam perbincangan mendalam untuk proses penggabungan yang akan menghasilkan syarikat baru bernama Celcom Digi Bhd, dengan pegangan pasaran sehingga 60%. Penggabungan ini telah menimbulkan keresahan di antara persatuan pengguna yang bimbang jika syarikat baru ini akan memonopoli seluruh pasaran telekomunikasi tempatan dan mengurangkan persaingan sihat di antara syarikat telekomunikasi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: FMT

Exit mobile version