Site icon TechNave BM

SKMM akan selesaikan isu capaian, tawar WiFi percuma 35Mbps di 839 lokasi Oktober ini

Terkini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memuat naik satu kenyataan rasmi di laman media sosialnya. SKMM mempelawa mana-mana syarikat berlesen dan berminat untuk turut serta dalam kerja pemasangan dan penyediaan perkhidmatan jalur lebar melalui satelit di seluruh negara.

Menurut SKMM, syarikat atau pemegang lesen yang berminat untuk kerja penyediaan perkhidmatan jalur lebar melalui satelit di 839 lokasi boleh mendaftar minat dan mengemukakan draf rancangan perkhidmatan sejagat.

Tambah SKMM, perkhidmatan ini bukan sahaja dijangka siap dilaksanakan menjelang Oktober 2021, tetapi juga bakal menawarkan WiFi percuma pada purata kelajuan 35Mbps berasaskan pancaran satelit ini sebagai salah satu inisiatif JENDELA.

Untuk pengetahuan anda, 839 lokasi ini meliputi negeri Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor, Sabah, Sarawak, termasuklah kawasan terpencil dan kawasan penempatan Orang Asli.

Beritahu pandangan anda mengenai perkara ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SKMM

Exit mobile version