Site icon TechNave BM

SKMM akan tubuhkan syarikat khas untuk pemberian lesen perkhidmatan 5G

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menubuhkan sebuah Syarikat Bertujuan Khas (SPV) yang dimiliki Kementerian Kewangan di mana ia akan menjadi pemilik tunggal teknologi 5G di Malaysia dan menyediakan lesen spektrum jalur 5G secara borong.

SKMM kini berada dalam peringkat pengawalseliaaan untuk penubuhan SPV itu dan akan memastikan akses terbuka dan kompetitif kepada syarikat telekomunikasi. Pengerusi SKMM Dr Fadhlullah Suhaimi mengatakan SPV itu hanya terlibat dalam pengedaran borong dan tidak akan terlibat dengan pemasaran runcit.

Kenyataan terbaru ini adalah berlainan dengan kenyataan sebelum ini oleh SKMM di mana lesen spektrum 5G akan diberi menerusi pembidaan. Ini juga bermaksud semua pemegang lesen telekomunikasi akan dilayan oleh SPV itu.

SKMM juga sudah mengenal pasti lokasi yang akan menerima 5G bermula suku keempat tahun ini, bermula dengan setiap kawasan setiap ibu negeri dan kawasan dengan kepadatan penduduk tinggi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Astro Awani

Exit mobile version