Site icon TechNave BM

SKMM: Anda boleh terus menikmati data 1GB percuma sehingga 31 Disember

Terdahulu, kerajaan Malaysia telah mengumumkan mengenai insentif perkhidmatan internet percuma 1GB setiap hari untuk rakyat Malaysia. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini menyatakan bahawa insentif ini boleh terus dinikmati oleh rakyat sehingga 31 Disember 2020.

Melalui siaran SKMM di Facebooknya, SKMM dan syarikat telekomunikasi akan sentiasa memastikan rakyat akan terus dapat menikmati perkhidmatan internet berkapasiti 1GB secara percuma. Data 1GB percuma di bawah PENJANA ini boleh digunakan setiap hari sehingga 31 Disember 2020.

Selain itu, anda juga boleh mengakses laman sesawang dan aplikasi yang diselia oleh kerajaan secara percuma tanpa had untuk kemudahan anda.

Kekal patuh amalan pencegahan COVID-19 dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SKMM

Exit mobile version