Site icon TechNave BM

SKMM arah selesaikan rundingan naik taraf rangkaian dalam masa 10 hari, elak isu capaian

Seiring dengan pelaksanaan JENDELA, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) kini menjalankan inisiatif program fast track untuk menyelesaikan masalah-masalah capaian di kawasan berkeutamaan tinggi. Sehubungan dengan itu, SKMM mengarah pihak tertentu untuk melengkapkan rundingan komersial dalam masa 10 hari bekerja.

Menurut siaran rasminya, program fast track ini dijalankan kerana terdapat aduan mengenai kelewatan memasang perkhidmatan komunikasi di beberapa kawasan keutamaan tinggi. Kelewatan ini berpunca daripada rundingan komersial yang tidak diselesaikan di antara syarikat-syarikat pemberi perkhidmatan.

Syarikat pemberi perkhidmatan perlu menyelesaikan rundingan komersial di kawasan keutamaan tinggi (rujuk kawasan keutamaan tinggi di siaran rasmi) dalam tempoh 10 hari bekerja. Jika tiada penyelesaian, isu ini perlu diketengahkan kepada oleh SKMM untuk diputuskan.

Apakah pandangan anda mengenai perkara ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SKMM

Exit mobile version