Site icon TechNave BM

SKMM bangunkan Aplikasi Mudah Alih Nasional & memerlukan maklum balas daripada orang ramai

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membangunkan sebuah aplikasi iaitu Aplikasi Mudah Alih Nasional yang mana ia berfungsi sebagai perkhidmatan digital. Aplikasi ini juga dikendalikan secara dalam talian bermula 15 September sehingga 6 Oktober depan.

Platform berkenaan digunakan sebagai pusat sehenti setempat yang membolehkan pengurusan keperluan pengguna diuruskan melalui sebuah aplikasi yang menawarkan kemudahan penggunaan, kepelbagaian fungsi, ciri-ciri dinamik, kepelbagaian perkhidmatan digital serta membolehkan pengguna merasai pengalaman digital yang lancar.

Aktiviti-aktiviti seperti mengakses perkhidmatan digital Kerajaan, perkhidmatan swasta terpilih, pembayaran bil, saman trafik, pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan, pendaftaran kelahiran, perkahwinan dan banyak lagi boleh dilaksanakan dihujung jari sahaja.

Untuk pengetahuan, Kerajaan juga dalam masa yang sama ingin mengumpulkan maklum balas mengenai Aplikasi Mudah Alih Nasional selama mana ia boleh digunakan. Antara objektif utama soal selidik ini adalah untuk:

Untuk maklumat lanjut mengenai soal selidik tersebut, anda boleh layari laman Aplikasi Mudah Alih Nasional. Kongsi komen anda di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Utusan Malaysia

Exit mobile version