Site icon TechNave BM

SKMM bekerjasama dengan Twitter bina emoji khas sempena Hari Kemerdekaan

Bagi menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 yang semakin hampir pada 31 Ogos 2021, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah bekerjasama dengan perkhidmatan media sosial Twitter untuk menciptakan sebuah emoji khas.

Untuk menghasilkan imej itu, pengguna Twitter hanya perlu menaip tanda pagar (hashtag) #MalaysiaPrihatin , #MalaysiaMerdeka , #MenangBersama atau #HariMalaysia dalam ciapan mereka. Emoji tersebut akan dipaparkan secara automatik di sebelah tanda pagar tersebut.

Emoji tersebut akan dipaparkan dalam masa terhad sahaja iaitu di antara 31 Ogos 2021 dan 16 September 2021. Ia adalah sebahagian daripada inisiatif Malaysia Prihatin sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September.

Beritahu kami di Facebook jika anda tertarik dengan emoji ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SKMM

Exit mobile version