Site icon TechNave BM

SKMM denda syarikat telko RM750,000 kerana daftar kad SIM tanpa mengesahkan info pengguna

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan 15 kompaun kepada lima syarikat telekomunikasi atas kesalahan pendaftaran kad SIM prabayar tanpa membuat pengesahan identiti pengguna. Tindakan tersebut diambil susulan audit yang dilakukan oleh SKMM di Pahang, Kelantan dan Terengganu pada bulan Ogos dan Oktober 2019.

Syarikat telekomunikasi yang didenda ini termasuklah Digi Telecommunications dengan lima kompaun, Maxis Broadband Sdn Bhd dengan empat kompaun, U Mobile Sdn Bhd dengan tiga kompaun, Tune Talk Sdn Bhd dengan dua kompaun dan YTL Communications Sdn Bhd dengan dua kompaun. Sebelum ini, beberapa syarikat telekomunikasi telah didenda pada bulan Oktober atas kesalahan yang sama.

Kesalahan ini termaktub dalam Seksyen 127 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 di mana pesalah boleh didenda sehingga RM100,000, penjara dua tahun atau kedua-dua sekaligus. Tindakan tegas yang diambil SKMM ini diharapkan akan melindungi kepentingan pengguna daripada kes penipuan (scam) yang semakin meningkat.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version