Site icon TechNave BM

SKMM kaji inisiatif untuk kekalkan nombor telefon rumah walaupun selepas anda berpindah

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengatakan sedang menjalankan rundingan awam untuk pelaksanaan FNP (Fixed Number Portability), iaitu sebuah kemudahan yang membenarkan pengguna untuk kekalkan nombor telefon jika berpindah rumah atau bertukar perkhidmatan telekomunikasi yang baru.

Rundingan ini akan dijalankan sehingga 1 Mac 2021. SKMM membuka peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk memberi maklum balas tentang FNP ke emel neamd@mcmc.gov.my .

FNP diharap akan memudahkan pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik serta menggalakkan persaingan di antara syarikat telekomuniasi untuk menyediakan perkhidmatan bagus dengan harga kompetitif. Untuk laporan penuh mengenai FNP, anda boleh baca laporan SKMM di sini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version