Site icon TechNave BM

SKMM keluarkan 77 denda berjumlah RM3.7 juta setakat ini! Maxis paling banyak didenda

Terkini, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) telah memuat naik sebuah siaran yang memaklumkan mengenai jumlah kompaun setakat ini. Menerusi siaran tersebut, Maxis adalah syarikat yang paling banyak dikompaun dengan nilai kompaun sehingga RM3.3 juta, disusuli dengan U Mobile dan beberapa pemegang lesen lain.

Dalam tempoh suku pertama tahun 2021, sebanyak 77 kompaun dengan nilai RM3.7 juta telah dikeluarkan di bawah Akta Komunikasi & Multimedia (AKM) 1998. Selain Maxis yang dilihat memiliki kompaun terbanyak (RM3.3 juta), U Mobile menyusuli dengan nilai kompaun yang jauh berbeza dari Maxis. Terdapat juga beberapa syarikat lain yang dikompaun seperti Sistem Televisyen Malaysia Berhad dan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

Menurut SKMM, RM3.25 juta daripada jumlah kompaun RM3.3 juta terhadap Maxis adalah disebabkan kegagalan mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik. Selebihnya adalah kesalahan tidak mematuhi Garis panduan Prabayar untuk pendaftaran pengguna akhir, sama seperti kesalahan yang dilakukan oleh U Mobile.

SKMM menyatakan bahwa mereka akan kekal berusaha memastikan syarikat telekomunikasi mengutamakan hak pengguna. Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SKMM

Exit mobile version