Site icon TechNave BM

SKMM larang guna alat CBR, “Booster” tak berdaftar untuk kuatkan internet, boleh didenda!

Melaui siaran oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini di laman Twitter, pihaknya memberi garis panduan untuk membeli dan menggunakan sebarang alat Cellular Booster and Repeater (CBR) untuk menambah liputan atau isyarat internet sama ada dari pemancar atau peranti mudah alih.

Menurut SKMM, terdapat peningkatan dalam gangguan spektrum yang berpunca daripada penggunaan alat CBR yang tidak berdaftar dan tidak mematuhi piawaian. Penggunaan alat CBR tidak patuh piawaian juga boleh menyumbang kepada gangguan kualiti rangkaian selular dan jalur lebar mudah alih.

SKMM tidak melarang sepenuhnya pengguna untuk membeli alat CBR, namun pengguna perlu membeli sebarang alatan CBR daripada syarikat penyedia perkhidmatan selular atau syarikat telekomunikasi yang sah.

Pengguna yang tidak mematuhi saranan dan garis panduan ini boleh dikenakan dengan tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, atau Peraturan 16 di bawah Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknikal).

SKMM turut menasihatkan pengguna untuk mengadu dan melapor kepada syarikat penyedia perkhidmatan atau kepada SKMM sendiri jika tidak berpuas hati dengan prestasi rangkaian.

Kongsikan pandangan anda mengenai hal ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SKMM

Exit mobile version