Site icon TechNave BM

SKMM larang syarikat telko menghantar pautan URL dalam SMS

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), telah mengeluarkan arahan kepada semua syarikat telekomunikasi (telko) untuk menyekat sebarang pautan URL dalam mesej teks (SMS).

Timbalan menterinya, Teo Nie Ching berkata arahan itu diberikan bagi mengelakkan pengguna daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian. Beliau berkata bahawa SKMM telah memberikan arahan ini kepada syarikat telekomunikasi untuk memastikan tiada sesiapa yang tersilap menekan URL dan berkemungkinan menjadi mangsa penipuan.

Beberapa penipuan dalam talian berlaku apabila orang ramai tersilap menekan pautan dan selepas memberikan maklumat peribadi, mereka mendapati didapati ditipu. Bagaimanapun, beliau berkata arahan itu akan berkuat kuasa secara berperingkat dan berharap syarikat terbabit dapat melaksanakan arahan itu tidak lama lagi.

Dengan langkah ini diharapkan agar semua rakyat Malaysia lebih berwaspada dan jangan sesekali mendedahkan butiran diri anda kepada pihak luar. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version