Site icon TechNave BM

SKMM: MSAP akan dilaksanakan setelah perjanjian dimuktamad sekitar akhir September 2023

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi maklum balas mengenai pelaksanaan pengurangan harga jalur lebar Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) dengan menjelaskan bahawa pengurangan ini hanya akan berlaku sejurus perjanjian telah dimuktamadkan antara pihak penyedia perkhidmatan.

Rundingan perjanjian capaian akan bermula berdasarkan kepada Reference Access Offer (RAO) yang diterbitkan dan dijangka dimuktamadkan menjelang akhir September 2023. Pihak Kerajaan telah melancarkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Internet Tetap pada harga RM69 (24 bulan) untuk membantu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas dengan kelajuan sehingga 30Mbps dan data tanpa had.

Selain itu, pakej PPR/ PA @MyKabel telah dilancarkan pada April 2023 berharga RM69 sebulan dengan kontrak selama 24 bulan pada kelajuan 100Mbps dengan data tanpa had. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version