Site icon TechNave BM

SKMM nasihati netizen agar jaga etika media sosial sepanjang Darurat

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perisytiharan Proklamasi Darurat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan semua netizen untuk sentiasa berhati-hati dengan setiap jenis kandungan yang dimuat naik ke dalam media sosial.

SKMM akan terus memantau media sosial jika terdapat sebarang penyebaran maklumat tidak sahih atau kenyataan jelik berkaitan Raja-raja Melayu, perkauman serta keagaamaan (Royalty, Religion, Race).

Sebarang kesalahan boleh tertakluk bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di mana pesalah boleh dikenakan denda RM50,000, penjara setahun atau kedua-duanya.

Orang ramai boleh memeriksa kesahihan berita laman web Sebenarnya.my. SKMM juga akan membuka saluran kepada netizen yang ingin membuat laporan berkaitan kesalahan di atas, di mana laporan boleh dibuat melalui WhatsApp di 016-220-6262 atau mediasosial@mcmc.gov.my.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version