Site icon TechNave BM

SKMM nyatakan tindakan terkini mereka tangani masalah capaian Internet lemah

Sebelum ini, berita-berita mengenai masalah capaian Internet sudah tular di alam maya dan mendapat perhatian pihak tertentu. Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) kini memaparkan tindakan-tindakan terkini yang telah diambil untuk menangani masalah capaian Internet di seluruh negara.

Menurut SKMM melalui kenyataannya, terdapat beberapa tindakan terkini yang telah dilakukan di kawasan tertentu seperti Kampung Sri Kledang Selangor, Kampung Sungai Tengar Tebuk Mufrad Sabak Bernam, Kampung Orang Asli Tasik Mentiga Pahang dan beberapa kawasan lain.

Tindakan yang dilakukan SKMM dalam menangani masalah ini adalah susulan daripada berita atau laporan yang dilaporkan oleh media. Masalah capaian Internet dilihat ditangani dalam pelbagai bentuk seperti pembinaan menara baharu, menaik taraf menara komunikasi, mengoptimumkan antena menara komunikasi dan lain-lain.

SKMM komited untuk terus menjalankan pemantauan terhadap tindakan yang telah diambil dan mengambil langkah susulan jika perlu untuk menangani masalah capaian Internet.

Adakah kawasan anda masih mempunyai capaian Internet yang lemah? Kami sarankan anda membuat aduan di laman rasmi SKMM. Kongsikan pendapat anda mengenai berita ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SKMM

Exit mobile version