Site icon TechNave BM

SKMM: Penyedia internet yang gagal sediakan perkhidmatan bermutu tinggi akan didenda RM300 ribu

Pihak penguatkuasaan telekomunikasi tempatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan mengenakan tindakan kawal selia terhadap syarikat perkhidmatan internet yang gagal menyediakan perkhidmatan dengan kualiti tinggi.

Menurut Ketua Pegawai Kawal Selia SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin, ini adalah tindakan agresif kepada syarikat-syarikat tersebut supaya mereka dijamin akan menyediakan perkhidmatan bermutu kepada pengguna.

Dalam mengawal selia syarikat perkhidmatan internet, agensi itu menerima arahan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) untuk melaksanakan audit perkhidmatan jaringan sistem internet di setiap negeri.

Syarikat yang gagal memenuhi perkhidmatan berkualiti tinggi akan berdepan hukuman mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, di mana mereka boleh didenda sebanyak RM300,00, penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, K-KOMM mengarahkan SKMM untuk memetakan tahap kelajuan internet sebenar di seluruh negara dan membandingkannya dengan laporan oleh syarikat telekomunikasi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Berita Harian

Exit mobile version