Site icon TechNave BM

SKMM lanjut penawaran data percuma harian 1GB sehingga 31 Julai 2021

Pada hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengumumkan bahawa penawaran data percuma harian 1GB akan dilanjutkan sehingga 31 Julai ini. Seperti biasa, lima syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia telah bersetuju untuk menyambung penawaran data percuma ini demi membantu sesi pembelajaran dalam talian.

Pada asalnya, data percuma 1GB ini sepatutnya berakhir pada 30 April ini. Namun, ianya disambung sehingga akhir bulan Julai untuk memudahkan pelajar menghadiri kelas dalam talian. Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan memgumumkan bahawa pelajar sekolah akan beralih semula kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selepas Hari Raya Aidilfitri.

Sama seperti sebelum ini, data percuma 1GB ini hanya boleh digunakan oleh aplikasi yang berkaitan dengan pembelajaran dan produktiviti. Ia tidak boleh digunakan untuk penstriman lagu dan video, melayari media sosial dan bermain game mudah alih.

Syarikat telekomunikasi telah mula memberikan data percuma harian 1GB sejak dari bulan April tahun lepas lagi. Nantikan berita lanjut mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version