Site icon TechNave BM

SKMM sekat semua SMS yang mengandungi laman web atau nombor telefon untuk elakkan penipuan

Bagi mengelakkan jenayah penipuan (scam) yang semakin parah dalam kalangan masyarakat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil langkah proaktf dengan menyekat penyebaran mesej Khidman Pesanan Ringkas (SMS) yang mengandungi kandungan tertentu.

SKMM bakal bekerjasama dengan Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi untuk menyekat mana-mana SMS yang mempunyai kandungan berikut:

Tiga kandungan ini dikenal pasti selepas SKMM melakukan penilaian terhadap trend dan modus operasi jenayah semasa.

Walaupun dengan mengambil tindakan ini, orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada terhadap sebarang SMS yang meragu-ragukan dengan membuat semakan semula melalui organisasi yang terlibat.

Buat mereka yang telah menjadi mangsa penipuan siber, SKMM mengarahkan mereka untuk menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 (beroperasi setiap hari termasuk cuti umum, bermula 8:00 pagi hingga 8:00 malam).

Kami berharap para pembaca akan kekal peka dengan jenayah siber. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SKMM

Exit mobile version