Site icon TechNave BM

SKMM siasat ciapan tidak senonoh pada tahun 2014 di laman Twitternya yang diceroboh

Berhubung isu laman Twitter Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang didakwa teleh diceroboh beberapa hari lalu, jawatankuasa untuk menyiasat kes ciapan tidak senonoh tahun 2014 di laman Twitter rasmi SKMM telah ditubuhkan.

Sepintas lalu, akaun rasmi SKMM pada beberapa hari lalu telah memperlihatkan kembali ciapan pada masa lalu (tahun 2014). Ciapan tersebut sepertinya disiarkan oleh pengguna lalu. Terdapat netizen yang mengakui bahawa akaun peribadinya (yang kini menjadi akaun rasmi SKMM) telah dijual beberapa tahun lalu kerana jumlah pengikutnya yang ramai. Namun, SKMM mendakwa akaunnya diceroboh.

Menurut siaran SKMM mengenai jawatankuasa siasatan kes ciapan ini, siasatan akan dijalankan bermula 15 Januari 2021. Siasatan akan meneliti punca, peranturan, kaedah pengendalian dan pihak terlibat, atau kemungkinan penyalahgunaan dan penyelewengan.

Sekiraya terdapat salah laku, tindakan bersesuaian akan dikenakan. SKMM juga akan mencadangkan langkah penambahbaikan untuk elak kejadian ini dari berulang kembali.

Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version