Site icon TechNave BM

SKMM siasat video berperilakuan sumbang yang dimuat naik oleh pengasas produk kecantikan

Pihak penguatkuasaan digital negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menjalankan siasatan terhadap beberapa selebriti dan pengasas produk kecantikan yang telah memuat naik kandungan tidak senonoh di platform media sosial TikTok dan Instagram.

Individu-individu yang disiasat itu dipercayai adalah Ifa Raziah, Datuk Seri Vida, Kak KM dan Cheta Pot Pet. Dalam video promosi berdurasi seminit itu, keempat-empat individu menggoyangkan tubuh dan menepuk punggung mereka, dan ini telah mengundang kecaman daripada pelbagai netizen tempatan.

Susulan aduan yang diterima daripada orang ramai, kes ini sedang disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000, penjara setahun atau kedua-duanya.

SKMM juga ingin menasihati para selebriti atau pempengaruh dalam kalangan masyarakat supaya menunjukkan teladan yang baik dan tidak memuat naik kandungan yang bertentangan dengan undang-undang.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SKMM

Exit mobile version