Site icon TechNave BM

SKMM terus memantau penyebaran maklumat palsu berikutan kemelut politik Malaysia

Jika anda pernah menemui berita palsu atau maklumat tidak sahih berikutan pelbagai keadaan politik negara, berhenti menyebarkannya. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengeluarkan kenyataan media rasmi mengenai penyebaran sebarang maklumat palsu di laman Facebooknya.

Bukan sekadar maklumat palsu, sebarang maklumat tidak sahih yang menyentuh sensitiviti perkauman, agama dan institusi Diraja juga bakal dikenakan tindakan. Jika disabitkan dengan kesalahan, anda boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Apa pun, tidak lain tidak bukan usaha ini adalah untuk melindungi keamanan masyarakat di Malaysia. Kami ingin berpesan supaya anda berfikir sebelum berkongsi maklumat. Kongsikan pendapat anda mengenai hal ini di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini yang terkini.

Sumber: Facebook SKMM

Exit mobile version