Site icon TechNave BM

SKMM: ‘Tidak pasti, jangan kongsi’, elakkan dikenakan tindakan kerana sebar berita palsu

Kami juga sebahagian daripada anda yang sentiasa menerima pelbagai maklumat dan berita melalui laman media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan sebagainya. Namun, tindakan menyebarkan maklumat yang tidak pasti kesahihannya tanpa usul periksa boleh mendatangkan banyak akibat buruk, terutama dalam tempoh penularan COVID-19 ini.

World Health Organization (WHO) melalui Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) menyatakan bahawa kita bukan sahaja berperang dengan penularan COVID-19, tetapi turut berperang dengan penularan berita palsu. Kami faham anda mungkin menyebarkannya sebagai peringatan kepada semua, tetapi anda turut mengundang akibat lain seperti panik, tokok tambah perkara sebenar dan sebagainya.

SKMM telah memberi panduan bagaimana untuk mengetahui kepalsuan sesebuah maklumat dengan melayari sebenarnya.my. Anda juga boleh melaporkan mana-mana berita yang dikhuatiri palsu di laman web tersebut. Jika anda masih tidak tahu bagaimana untuk membantu penyebaran maklumat palsu ini, rujuk video di bawah.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2020/04/MCMC-Video-1.mp4
https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2020/04/MCMC-Video-2.mp4

Untuk mengelakkan daripada dikenakan tindakan, kami menggalakkan agar anda menyemak sesebuah berita terlebih dahulu. Jika tidak pasti, jangan sebar. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version