Site icon TechNave BM

SKMM: Tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang hina kaum, agama dan institusi Diraja

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din mengingatkan netizen tempatan supaya tidak memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan yang berbaur kebencian terhadap kaum, agama dan institusi Diraja, lebih dikenali sebagai “3R(race, religion, royalty).

Beliau memberi peringatan tersebut selepas beberapa insiden melibatkan elemen 3R yang berlaku sejak kebelakangan ini mungkin boleh menjejaskan ketenteraman dan keharmonian awam. Ucapan berbaur kebencian ini termasuklah ucapan atau gambar yang menuduh dan merendah-rendahkan nilai seseorang berdasarkan faktor kaum, etnik, agama atau kewarganegaraan.

SKMM akan terus memantau internet untuk membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih dan bersifat jelik terhadap isu 3R. Mereka yang membuat kesalahan ini boleh disabit bawah Sekseyn 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan dikenakan denda RM50,000, penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, para pentadbir portal-portal berita, media sosial dan aplikasi pemesejan digesa untuk gunakan kuasa editorial dan menguruskan komen-komen daripada golongan netizen dalam platform mereka. Mereka perlu menurunkan sebarang kandungan yang berbaur kebencian dan berbahaya.

Jika anda terjumpa sebarang kandungan yang menyentuh isu 3R, sila laporkan kepada SKMM melalui laman web Aduan SKMM, talian 1800-188-030, mesej WhatsApp di 016-2206-262 atau hantar emel ke aduanskmm@mcmc.gov.my. Anda juga boleh salurkan melaporkan berita palsu melalui laman web Sebenarnya.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SKMM

Exit mobile version