Site icon TechNave BM

Skrin Nothing Phone (1) tidak capai kecerahan 1200 nits, hanya sehingga 700 nits

Nothing Phone (1) yang dilancarkan pada bulan Julai lalu telah dikelilingi oleh banyak kontroversi. Sebelum ini, ia mempunyai isu parapan warna hijau dan sekitar kamera swafotonya. Kini, isu baharu berkaitan kecerahan paparan telefon pintar itu menjadi tajuk utama. 

Nothing Phone (1) didakwa menggunakan paparan HD+OLED 6.55 inci dengan kecerahan maksimum 1200 nits. Walau bagaimanapun, laporan ComputerBase mendedahkan bahawa Phone (1) hanya boleh mencapai sehingga 700 nits. Mereka telah mencuba pelbagai situasi spesifik yang mungkin boleh mencapai jumlah yang diiklankan tetapi ia masih tidak mendapat lebih daripada 700 nits kecerahan.

ComputerBase menghubungi Nothing mengenai isu ini dan Nothing telah mengurangkan kecerahan yang diiklankan di laman web rasminya. Laporan oleh XDA mendapat respons daripada Nothing menyatakan perkakasan telefon itu mampu mencapai kecerahan puncak sehingga 1,200 nits tetapi ia dihadkan kepada 700 nits. 

Keputusan ini dibuat untuk memastikan keseimbangan penggunaan haba dan bateri. Mereka akan sentiasa memantau maklum balas dengan teliti untuk kemas kini perisian pada masa hadapan.

Ia mungkin melancarkan kemas kini sekiranya ramai pengguna mengadu mengenai hal ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version