Site icon TechNave BM

Skrin OPPO Find X2 mampu menjana 1 bilion warna

OPPO Find X2 akan dilancarkan tidak lama lagi pada 6 Mac, namun kita sudah pun mendapat sedikit butiran mengenai telefon pintar tersebut. Setakat ini kita sudah pun dengar khabar angin tentang kameranya dan pengecasan pantas tetapi tidak banyak maklumat rasmi.

Dalam sebuah pengumuman rasmi daripada OPPO hari ini, syarikat itu memaklumkan bahawa Find X2 akan dilengkapi skrin warna 10-bit, memberikan 1,000,000,000 warna kepada sebarang imej yang dipaparkan dalam skrin. Sebagai rujukan, kebanyakan skrin telefon pintar hanya mampu menjana 16.8 juta warna.

Digabungkan dengan kadar segar semula (refresh rate) sepantas 120Hz, kepelbagaian warna yang dipaparkan Find X2 akan memberikan imej yang cantik bewarna-warni sambil menunjukkan pergerakan (motion) yang lebih lancar.

Adakah anda berminat untuk membeli OPPO Find X2 ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita Find X2 dan lain-lain teknologi.

Exit mobile version