Site icon TechNave BM

Skrin Samsung Galaxy S22 mungkin lebih kecil berbanding S21 untuk model standard dan Plus

Setelah pelancaran Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3, acara Galaxy Unpacked seterusnya adalah siri Galaxy S22 yang akan dilancarkan pada tahun depan. Perincian siri-S baru telah tersebar sejak beberapa minggu dan dijangka akan berlanjutan hingga diumumkan.

Menurut blog Korea, Naver, siri Galaxy S22 tidak akan menampilkan kamera bawah paparan seperti Galaxy Z Fold3. Samsung tetap menggunakan lubang untuk kamera hadapan sehubungan dengan ukuran paparan yang lebih kecil. Galaxy S22 akan mempunyai ukuran paparan 6.06 inci sementara Galaxy S22 Plus akan mempunyai ukuran layar 6.55 inci. Ini lebih kecil jika dibandingkan dengan Galaxy S21(6.2 inci) dan Galaxy S21 Plus(6.7 inci).

Galaxy S22 Ultra dilengkapi dengan skrin 6.81 inci, secara praktikalnya tiada perubahan dengan S21 Ultra. Sumber itu mengatakan Samsung cuba membandingkan model Plus dan Ultra dengan perbezaan saiz skrin yang ketara ini.

Dilaporkan bahawa berkemungkinan besar Samsung menjual telefon dengan pemproses Snapdragon 895 di negara asalnya, Korea. Namun, kerana penghasilan yang rendah, S22 Ultra sahaja yang dilengkapi cipset Exynos 2200.

Tron juga telah mendedahkan bahawa Galaxy S22 dan Galaxy S22 Plus akan mempunyai tiga kamera belakang yang merangkumi sensor 50MP dan dua sensor 12MP. Bagi Galaxy S22 Ultra pula, empat kamera di bahagian belakang iaitu sensor utama 108MP, tiga sensor 12MP, dan modul autofokus laser.

Kami memanggil peminat gajet diluar sana untuk kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version