Site icon TechNave BM

Skrin sebuah Motorola Razr tercabut sedikit di bahagian engsel

Motorola Razr adalah sebuah telefon pintar lipat yang mendapat banyak perhatian pada tahun ini, jadi sebarang cacat cela walaupun hanya pada satu unit tentunya akan merosakkan imej peranti itu. Itulah yang berlaku pada sebuah Motorola Razr di mana skrinnya tercabut sedikit di bahagian engsel lipat telefon itu.

Seorang penulis daripada Input Magazine melaporkan bahawa sebuah Motorola Razr yang dibeli oleh kumpulannya sudah mengalami kerosakan yang agak teruk hanya selepas seminggu menggunakannya. Paparan telefon itu tercabut sedikit di sepanjang bahagian engsel dan tidak boleh dibaiki semula. Walau bagaimanapun, skrin itu masih boleh memaparkan seperti biasa.

Penulis itu juga melaporkan kesan cabutan itu bertambah luas setiap kali beliau membuka telefon itu daripada lipatannya. Daripada segi penggunaan, telefon itu tidak dapat respon kepada sebarang sentuhan di bahagian skrin yang tercabut. Beliau mengandaikan bahawa kerosakan ini adalah kerana penggunaannya dalam cuaca sejuk 30° Fahrenheit (-1° Celcius), tetapi ini tidak dapat dipastikan.

Apakah agaknya yang membuatkan skrin Razr ini tercabut? Kongsi tekaan anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Input Magazine

Exit mobile version